Selasa, 16 Ogos 2016

Hadiah Untuk Yang Tersayang

BELI SEKARANG
 HADIAH BUAT SUAMI

Hadiah Buat Suami adalah kisah saya bersama suami, adik-beradik, ipar-duai, rakan taulan, saudara mara, dan ramai lagi namun disampaikan dalam bentuk berbeza. Ia kisah yang perlu difikirkan, diamati di renung dalam-dalam. Usai menulis HBS, hati benar-benar tersentak. Rupa-rupanya banyak pengajaran boleh dikhabarkan kepada manusia tentang konsep jodoh, bersyukur, bekerjasama, berkasih sayang, bertimbang rasa, bertolak ansur, dan menghargai kehidupan. Insya-Allah, ia boleh ditemui melalui detik-detik kehidupan suami isteri.

HBS merupakan rakaman penghargaan isteri terhadap suami. Namun, ada sesuatu yang mahu disampaikan tetapi terdiam bisu kerana tiada upaya. Ia rasa hati yang terpendam sekian lama. Barangkali tidak ramai mampu menzahirkan ucapan itu dengan kata-kata.

                                                                              -Roza Roslan-



HADIAH BUAT SAHABAT

"Buku ini mengajak dan berbicara dengan minda. Lalu ia perlu diselak dengan laku berbeza, juga dengan minda dan mata hati. Minda saya bertemu pelbagai analogi secara nakal mengusik bersahaja, ada ketika bernada sinis, sungguh tajam dan berbisa tetapi penuh pengajaran berisi peringatan untuk dibuat keputusan. Saya tersentak malah ada kala tersentap."

- Mohamad Razali Kamaruddin, Pendidik dan Penulis Kolej Vokasional Pertanian Chenor.

"Hadiah Buat Sahabat banyak menyentuh tentang usia terutamanya kisah silam dan masa berbaki. Usia bak mutiara terhasil dari dasar lautan, indah serta bernilai tinggi di mata manusia. Namun, bila berdiam diri, merenung apa yang tertulis, hati terus berdetik, "Ya Allah, sesungguhnya aku yang dahulu mensia-siakan waktu seumpaman mutiara bernilai yang tidak dihargai."

- Ida Md Amin, Siswi U-MKI



HADIAH BUAT ANAK

Buku Hadiah Buat Anak (HBA) merupakan catatan perjalanan menakjubkan. Ia menceritakan kisah kehidupan dialami Ayah sekitar tahun 1970an sehingga kini. Plot berkisahkan tentang kehidupan, pelajaran, percintaan, luar negara dan keluarga. HBA sangat tinggi nilainya. Tieha membaca catatan Ayah ini dengan perasaan mendalam. HBA memberi kesedaran kepada Tieha betapa pentingnya peranan doa dalam kehidupan. Kita mengejar akhirat untuk dunia. Buat rakan-rakan seusia Tieha bacalah buku ini. Buku ini sangat bermotivasi dalam proses mengejar apa yang diidamkan. Kita mhau berada dalam sebuah keluarga sakinah.

-Tieha, anak, Pelajar Tingkatan tiga Sekolah Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah. 

Hadiah Buat Anak (HBA) merupakan flashback kehidupan. Lebih 23 tahun sepatutnya Azrai mengenali Ayah dan Mama. Minus masa awal kehidupan, ingatan bersama keduanya sangat singkat tetapi menempuh pelbagai fasa. Setiap satu tahap berbeza-beza. Membaca HBA mengembalikan ingatan kepada banyak perkara. Bab TAWARAN membuat air mata berderai. Hadiah seorang anak, tidak lain dari menggembirakan hati ibu bapa. pada usia remaja, tanda aras membanggakan Ayah dan Mama sentiasa melalui pencapaian akademik. Bilangan A dan mengejar kerjaya baik menjadi keutamaan. 

-Ahmad Haris Azrai Muhd Kamil, Anak, Alumni MRSM. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

asrunina@gmail.com